Monday, March 21, 2011

Simple Makeup By NM Touch

Hi everyone,

Kali ni NM nak share teknik make up utk keluar dating (auta jee!)..Oh sebenarnya bukan utk dating saja, jg sesuai utk ke tempat-tempat lain spt nak hangout dgn  buddies ke, nak pg majlis kahwin ke, or nak pg jumpa bakal mak mertua pun boleh jugalah. 

Nak jumpa orang-orang penting ni tak bolehlah muka tak bermaya kan, so kita kena highlight sikit bagi muka nampak fresh dan bersemangat gitu. TAPI jgnlah over pulak ye, mcm opera cina nnti mak mertua terus reject:( oklah citer banyak tak guna, enjoy the before after picture okez!





Sekarang, barulah akan rasa lebih confident nak bertemu dengan sesiapapun!  Oklah makeup ni adalah berdasarkan request oleh model NM ni iaitu Erin Sha. Beliau kata nak guna color smokey eyes. So NM pun gunekanlah color seperti grey, black, brown dan blue utk teknik makeup kali ni. 

Kalau untuk dinner atau wedding kita akan tebalkan sikit lagi warna-warna di bahagian mata, pipi dan lipsticknya ye.  Yang bagusnya, kulit muka Erin Sha takde masalah yang serious, cuma perlukan concealer untuk cover bekas parut jerawat yang nipis.  Lain-lain hal tak menjadi masalah, so senanglah tugas NM.

Pemakaian fake eyelashes juga perlu, tetapi harus diingat janganlah ambil lashes yang terlalu tebal macam nak buat catwalk pulak ye. Oklah, sebarang pertanyaan lanjut, feel free to email me or just leave a comment.

Hugs & kisses from NM.

2 comments:

  1. wah..ida.ini bukan setakat leh jumpa mak mertua..tp Erin dah leh bertunang terus tuh...hehe..
    Memang cun lah..

    ReplyDelete
  2. thx kak imah...bulehlah sikit2, lgpun muka erin senang, xde masalah kulit..

    ReplyDelete