Thursday, October 20, 2011

HOMEDEC 2011

Salam all,

Hari ni just nak share dengan korang pasal satu event yang dah lama kot NM tunggu-tunggu. Event tu ialah..tadaaaa!!

Iklan ni dicuri daripada THE STAR - 20 Oct 2011..hehehe..
NM kena pg jengah kat event ni sebab nak dapatkan banyak info dan panduan bila nak masuk rumah nanti.  Yelah kat situlah kita nak kenal dan tengok mana-mana kontraktor & designer yang berpotensi nak-nak kena & faham pulak dengan konsep rumah kita dan paling penting op cos taste kita mau ikut ya!

Harap-harap jugak boleh menang lucky draw free renovation for kitchen kabinet ke, master bedroom ke..paling koman renovation toilet ke! apa ada hal. Selalunya dalam event mcm ni op cos syarikat/company yang menyertainya akan berikan offer yg menarik, terbaik kau mmg da boom! best walla untuk customer kan. So apa lagi..jomlah kita pegi.

Since kelmarin dah dapat surat daripada developer bg tau rumah dah siap 70%, makin berkobar2lah jiwa raga NM nak rancang semua benda sebelum masuk rumah nanti.

Korang pun kalau nak datang boleh ye..mari-mari..klu nampak NM sila tegur! hahahaha....
Korang boleh jugak lawat http://www.homedec.com.my/ untuk more info ya!

Till then:)

Monday, October 17, 2011

KIZ SPORTS & GYM VISIT


Salam all,

Kalau you all ada baca entry dulu-dulu (cewah, dululah sangat) NM pernah share ngan korang pasal tempat ni. Dik kesibukan NM tiap2 minggu memenuhi jemputan menyanyi di kenduri kahwin..eh silap silap...memenuhi urusan yang mmg tak pernah habis, akhirnya semalam sempat juga NM dan suami bawa hero kami ke sini.

Berdasarkan pemerhatian pertama kali oleh suami, dia kata OK, boleh proceed utk register lil Qhal untuk join class Little Rompers kat sini.  Tempat ni NM suke sebab apa tau..? ha ni NM akan share gambar-gambar yang sempat NM ambik.

waiting area utk parent, bibik etc..hehe..


toilet yang cute utk boy

untuk girl pulak..
taekwando class

Dekat center ni terbahagi kepada beberapa classes, ada yg tempatkan kanak-kanak yang belajar taekwando, ada bilik khas untuk birthday party, ada jugak waiting area untuk parents sambil tunggu anak-anak dan pantau kids yang main-main dekat playplace.  Tak ketinggalan ada mini cafe untuk bebudak dan parents nak basahkan tekak, mkn nuggets, hot dog bagai..hehe.. nak habaq mai jugak, ada pakej untuk buat birthday party anak korang jugak ye, nak tau harga pakej pi sana lah check..huhu..

Toilet pun selesa, siap differentiate mcm tu lagi.  Syarat kat sini adalah, kids and parents yang nak masuk dalam play place MESTI pakai SOCKS ya..ini adalah syarat wajib sebab they all mmg pentingkan kebersihan..hygine gitu..:)

Banyak lagi info sebenarnya nak share, tapi jari jemari malas nak menaip. kuang kuang kuang!! nak bg tau jugak, playplace dia mmg terbaik wok..mmg berbaloilah dengan rege yang korang perlu bayar. RM30 per entry (non member) klu korang dh become a member RM18 sudah...takde limit masa, main & lepaklah sampai lebam..NK nak pesan jugak, klu korang nak pergi sini bawa anak, boleh bawak bekal sandwiches, nuggets ke apa ke utk anak korang..sebab apa? sebab yg jual kat situ haruslah mahal ye..bak kata pepatah "air kotak milo RM4.50 jek..hehehe..

Oklah, NM kan syok sendiri gitu, so now layan jeklah gambor-gambor lil Qhal main kat sana ye..enjoice!


Add caption

lajunya, xleh break dah ni momy..

i am macho boy!

dady ajor anak main ke anak ajor dady main?
Sekian.

Thursday, October 13, 2011

MEMORI

Salam all,

Quick update sebelom balik rumah..rindu nak lalui zaman baru-baru jadi mommy dulu..byk gambor sebenarnya nak upload tapi xsempat..so utk hari ni NM kasik tgk gambo-gambo ni aja..next time more more  picture..most of the picture pun korang dapat tgk kt FB NM jugak..hehe..


K lah..nanti kita story mory lagi ya..hari ni tak sempat.

Sekian.

Wednesday, October 12, 2011

LUMRAH MENJADI WANITA DAN IBU

Salam semua,

Dik panas terik matahari ni, tiba-tiba datang idea nak menulis..(tapi sekarang dah tak panas lagilah, dah sampai office dan dah pun kena air cond yang sejuk, alhamdulillah).  Kalau korang biasa dekat area NM kerja ni, tempatnya memang dekatlah dengan stesen LRT Ampang Park, dan dekat jugaklah dengan KLCC dan Pusat Beli Belah Ampang Park.(so memang keraplah aktiviti outing ye..hehehe..)

Ceritanya adalah bila tiap kali NM pg lunch (KLCC or Ampang Park Mall) mesti perhatikan kaum-kaum wanita ni. Belah pergi, tangan tu akan pegang wallet dan handphone saja, adalah sikit-sikit yang pegang beg kecik..hehe..tapi belah balik ke office tangan pasti ada jinjing plastik beg, paper beg etc..lalalalala..(shopping jek kan?????)

Tapi apa isi dalam beg tu? Pastilah barang-barang keperluan, kesukaan, kerterpaksaan beli, magazine dan etc.  bila NM fikir balik, NM pun sama. Nak juga share yang kaum wanita dan ibu ni sebenarnya sangatlah prihatin. Barang-barang dalam beg tu bukanlah barang yang bukan-bukan dan tidak perlu.  Ada antara kita yang akan beli toiletaries, buah tangan untuk anak bila balik rumah nanti, keperluan dapur serba sikit dan etc.

Point NM di sini adalah, lihatlah wanita..dalam waktu bekerja masih boleh mengingati apa barang yang dah habis dekat  rumah, pasti terselit juga walau sekotak ubat gigi atau sekotak tisu atau sepapan panadol untuk keperluan rumah, lebih prihatin tu ada yang siap boleh ingat deadoran si suami tu dah habis dan perlu beli yang baru dah pun. Lagi bagus kalau ada yang siap belikan shaver, shaver foam dan lain-lainlah untuk husband korang..hehehe

Bukan apa, ini pengalaman NM sendiri..sampai saja depan pintu rumah pengasuh, si anak dah bertanya "Mommy bawa apa tu?, Mommy beli apa untuk Qhaleef?" Ini berlaku bila dia terpandang beg dan barang apa yang kita bawa balik setelah seharian kita meninggalkan dia di rumah pengasuh. (Kesiaannya anak aku)

Jika lelaki, korang rasa diorang mcm tu tak? rasanya tak kan? NM berani confirmlah..diorang akan order saja barang yang takde..sebab diorang tahu jek ada depan mata. Ini untuk barang-barang keperluan kecil-kecillah ye..mcm shampoo ke, cotton buds ke, hand wash ke, panadol ke?...sebab diorang memang takkan ambik tahu pasal hal-hal macam ni. (Jangan marah erk..)

Gitulah kisahnya...So, kesimpulannya, bukanlah wanita tu pergi lunch tu asyik menyelit2 beli baju atau benda2 tak perlu sangat. Mereka sebenarnya sangat prihatin tentang barang-barang keperluan dalam rumah. Kisah ini adalah kisah benar untuk saya..hahahahaha...tiap kali out for lunch ada saja plastik beg bawa balik ke office..jeng jeng jeng!

Oklah..itu jek nak share ngan korang..fikir balik pasal yg NM cakap, kesian kat anak kita, kalau sampai jek kita nak ambil dia dari rumah pengasuh...mesti dia happy dan kekadang nak tahu apa yang kita bawa untuk dia hari tu..kesian.....kesian kan? kan? kan? alah korang pun dulu-dulu kalau mak atau ayah balik dari mana-mana mesti tanya jugak kan? (mcm NM dulu..siap godeh beg kertas mak baru balik dari kerja kilang..sian mak..padahal dalam tu ada bekal makanan dia yang dah kosong....)

Oklah yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. NM sayang korang! Gambor? xdek ye..nah hamik gambor nih..mereka adalah lelaki-lelaki dalam hidup saya...saya mahu sebutkan kalimah Alhamdulillah....

Sekian.

waktu ni di Hospital Pantai Indah, Qhaleef demam rindu pada daddy

Tuesday, October 11, 2011

CERITA PASAL ANAK

Salam all,

Tak nak cerita  banyak..nak hupdate gambar-gambar ni aja..hehehe:) Enjoice ya!

Why mulut kamu mcm tu Qhal?

Woody yg macho!
 
mommy sy yg perasan cun.. (Qhal ckp..)
   
mommy sy yg mmg best (Qhal ckp jugak..)
 Bye....nak balik rumah dah, jadi isteri dan ibu mithali pulak. selamat tinggal office!

Friday, October 7, 2011

COOL

Quick update!

Jalan buang duit dekat Ampang Point, terjumpa pulak dengan booth ini...best! berguna sgt utk NM. So KIV sampai tahun depan..tahun depan boleh tempah! yihaaa! NM suka sangat kat art wall clock tu lah. Ada macam-macam design and pattern lagi. (mood: tak sabar, entah-entah next wext aku gi tempah..letak dulu kat umah sekarang ni.)

Shieda, nanti I dtg cari u lagi tau!

Kalau korang pun suka, pi terjah dekat Ampang Point, pi cari booth ni. Range harga dia daripada RM100 to RM500. Nak yang mahal lagi pun boleh.  Dekat sana korang boleh tengok banyak sample yg cantik-cantik ok. Yang pasti kalau korang tak suka, NM suka.  Ada aku kesah!

BEST!

Monday, October 3, 2011

Rumah oh Rumah

Hi semua,

Happy Monday. Hope u all semua dah puas enjoy dengan family over the weekend ya! (memang takkan puas, lagi mau ckp..) Monday to Friday masa untuk cari rezeki pulak. Mana taknya, kalau korang dok KL ni tak boleh nak duduk diam saja..kena kerja keras untuk sara keluarga. Buka jek pintu rumah tu....adalah "Duit"....tak gitu?....

Apa kes NM bebel pasal ni pulak? kesnya bila baca paper Berita Harian hari ni, sekali keluar tajuk besar daaa "HARGA RUMAH NAIK 20%"......... mak ai! Terkejut beruk NM nih..nasib baik dh beli dh. Kepada kawan-kawan yang belum lagi ke arah ini, baik percepatkan niat korang tu..sebabnya dah terbukti harga rumah takkan turun..lagi naik mendadak mcm gini adalah.. (mood: sedih...)

sila baca ye...hehe
Bila fikir-fikir balik rasa macam takut sangat nak mulakan langkah ni.  Yelah kira gaji dengan harga rumah rasa kerdilnya diri nak beli..tapi pejamkan mata!!!..lantaklah muflis kerana rumah..jangan muflis kerana nak beli kereta import, kereta besar sudahlah...(oppsss!!)

Nak share jugak rumah yang NM dan hubby dah beli ni. Rumahnya biasa saja, takdelah rumah banglo pun, Kami bersyukur walaupun terpaksa bersusah payah demi rumah idaman ni, akhirnya ia jadi milik kami dan insyaAllah rumah ni bakal didiami pada awal 2013 nanti (jangkaan siap 2012). Doakan semua urusan berjalan dengan lancar.  Itulah yang sekarang sedang survey dan research tentang renovation pulak. Maklumlah takde pengalaman lagi dan kami perlu tambah ilmu di dada dulu.

yang penting FREE HOLD




Oh ya, kalau ada yang sedang mencari-cari info tu boleh jugak tengok flyers ni.



for more info please log on to http://www.pknsproperty.com/
Oklah..NM nak pesan juga (cewah...) jangalah sesekali berpegang pada tagline "Biar Papa Asal Bergaya...!" tak gitu? Yang penting tepuk dada tanya selera... kalau anda seleranya BESAR maka BESARlah segala-galanya...kalau anda hanya SEDERHANA seleranya maka SEDERHANAlah segala-galanya..InsyaAllah.

Wassalam.

Sunday, October 2, 2011

Makeover by Me

Salam semua,

Just nak share ngan korang gambar-gambar makeover yang NM buat, adalah sikit-sikit lagi yang NM tak sempat nak upload..hehe..nak melayan lil hero tu, tak sempat nk focus pasal benda ni.. kena curi-curi masa...

NM tak sabar rasanya nk join class on 22 Oktober ni...hopefully semua berjalan lancar nanti. Harapan tinggi sgt pd class ni, moga-moga NM dpt teruskan cita-cita yg dah lama terpendam gitu..

K lah, korang enjoicelah picture yg tak seberapa ni ye.

Happy weekend!