Monday, October 3, 2011

Rumah oh Rumah

Hi semua,

Happy Monday. Hope u all semua dah puas enjoy dengan family over the weekend ya! (memang takkan puas, lagi mau ckp..) Monday to Friday masa untuk cari rezeki pulak. Mana taknya, kalau korang dok KL ni tak boleh nak duduk diam saja..kena kerja keras untuk sara keluarga. Buka jek pintu rumah tu....adalah "Duit"....tak gitu?....

Apa kes NM bebel pasal ni pulak? kesnya bila baca paper Berita Harian hari ni, sekali keluar tajuk besar daaa "HARGA RUMAH NAIK 20%"......... mak ai! Terkejut beruk NM nih..nasib baik dh beli dh. Kepada kawan-kawan yang belum lagi ke arah ini, baik percepatkan niat korang tu..sebabnya dah terbukti harga rumah takkan turun..lagi naik mendadak mcm gini adalah.. (mood: sedih...)

sila baca ye...hehe
Bila fikir-fikir balik rasa macam takut sangat nak mulakan langkah ni.  Yelah kira gaji dengan harga rumah rasa kerdilnya diri nak beli..tapi pejamkan mata!!!..lantaklah muflis kerana rumah..jangan muflis kerana nak beli kereta import, kereta besar sudahlah...(oppsss!!)

Nak share jugak rumah yang NM dan hubby dah beli ni. Rumahnya biasa saja, takdelah rumah banglo pun, Kami bersyukur walaupun terpaksa bersusah payah demi rumah idaman ni, akhirnya ia jadi milik kami dan insyaAllah rumah ni bakal didiami pada awal 2013 nanti (jangkaan siap 2012). Doakan semua urusan berjalan dengan lancar.  Itulah yang sekarang sedang survey dan research tentang renovation pulak. Maklumlah takde pengalaman lagi dan kami perlu tambah ilmu di dada dulu.

yang penting FREE HOLD




Oh ya, kalau ada yang sedang mencari-cari info tu boleh jugak tengok flyers ni.



for more info please log on to http://www.pknsproperty.com/
Oklah..NM nak pesan juga (cewah...) jangalah sesekali berpegang pada tagline "Biar Papa Asal Bergaya...!" tak gitu? Yang penting tepuk dada tanya selera... kalau anda seleranya BESAR maka BESARlah segala-galanya...kalau anda hanya SEDERHANA seleranya maka SEDERHANAlah segala-galanya..InsyaAllah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment