Tuesday, December 6, 2011

Dapur Idaman Kalbu

Salam semua,

Lamanya daku tak update blog ni. Ada ke orang baca? Tak pelah ada atau tak bukan isunya.  Blog ni kan macam diari NM. suka hatilah.

Lately agak busy ya dengan urusan rumah tangga, cewah!. Sejak Qhal dah join class di Kiz Sport & Gym, Sabtu pagi hanya diperuntukkan untuk itu saja, jam 10.00 pagi dah keluar rumah, jam 1.00 petang baru settle di Great Eastern Mall, terus pergi lunch..jalan-jalan kejap dan balik rumah. tired gak..but enjoy! Sunday pulak untuk buat kerja rumah dan get ready untuk "monday blues".  walaupun tired, tapi puas sebab nampak improvement dalam diri Qhal yang lebih yakin, berani dan petah bercakap. Alhamdulillah..

Dalam kita nak menjengah ke tahun baru 2012, macam-macamlah perangcangan yang NM dah buat dengan husband. Maklumlah 2012 adalah tahun mencabar untuk kami.  Yang paling penting tak sabar nak melangkah masuk ke dalam dunia CINTA....hehehe:) kalau boleh setiap minggu nak pg tgk progress kt sana. Rasanya dah 80% siap. Dah terima surat daripada developer inform pasal progress rumah kami (^_^) wink wink wink!!

Oleh itu sibuk jugakklah survey dan research pasal benda paling nak buat sekali bila dah masuk rumah nanti iaitu... kabinet dapur.  adalah dah pergi ke 2, 3 buah company yang buat kitchen renovation. Bukan apa nak kumpul idea dan info supaya kami dapat belanjakan duit dengan berhemah sekali! tak mau pembaziran dan kerugian. Lama kumpul duit tu... huhu :)

Nak share ngan korang dapur yang NM suka dan nak propose kat husband untuk consider design yang seumpama ini.  Ada banyak lagi yg NM suka tapi nanti kena tengok budget dan harus dapat persetujuan bersama.


NM paling suke yang ini... oh!



Oklah, ni jeklah nak share untuk kali ni. Hope to see you guys kat next entry ok.

bye bye!