Tuesday, December 6, 2011

Dapur Idaman Kalbu

Salam semua,

Lamanya daku tak update blog ni. Ada ke orang baca? Tak pelah ada atau tak bukan isunya.  Blog ni kan macam diari NM. suka hatilah.

Lately agak busy ya dengan urusan rumah tangga, cewah!. Sejak Qhal dah join class di Kiz Sport & Gym, Sabtu pagi hanya diperuntukkan untuk itu saja, jam 10.00 pagi dah keluar rumah, jam 1.00 petang baru settle di Great Eastern Mall, terus pergi lunch..jalan-jalan kejap dan balik rumah. tired gak..but enjoy! Sunday pulak untuk buat kerja rumah dan get ready untuk "monday blues".  walaupun tired, tapi puas sebab nampak improvement dalam diri Qhal yang lebih yakin, berani dan petah bercakap. Alhamdulillah..

Dalam kita nak menjengah ke tahun baru 2012, macam-macamlah perangcangan yang NM dah buat dengan husband. Maklumlah 2012 adalah tahun mencabar untuk kami.  Yang paling penting tak sabar nak melangkah masuk ke dalam dunia CINTA....hehehe:) kalau boleh setiap minggu nak pg tgk progress kt sana. Rasanya dah 80% siap. Dah terima surat daripada developer inform pasal progress rumah kami (^_^) wink wink wink!!

Oleh itu sibuk jugakklah survey dan research pasal benda paling nak buat sekali bila dah masuk rumah nanti iaitu... kabinet dapur.  adalah dah pergi ke 2, 3 buah company yang buat kitchen renovation. Bukan apa nak kumpul idea dan info supaya kami dapat belanjakan duit dengan berhemah sekali! tak mau pembaziran dan kerugian. Lama kumpul duit tu... huhu :)

Nak share ngan korang dapur yang NM suka dan nak propose kat husband untuk consider design yang seumpama ini.  Ada banyak lagi yg NM suka tapi nanti kena tengok budget dan harus dapat persetujuan bersama.


NM paling suke yang ini... oh!



Oklah, ni jeklah nak share untuk kali ni. Hope to see you guys kat next entry ok.

bye bye!

Thursday, October 20, 2011

HOMEDEC 2011

Salam all,

Hari ni just nak share dengan korang pasal satu event yang dah lama kot NM tunggu-tunggu. Event tu ialah..tadaaaa!!

Iklan ni dicuri daripada THE STAR - 20 Oct 2011..hehehe..
NM kena pg jengah kat event ni sebab nak dapatkan banyak info dan panduan bila nak masuk rumah nanti.  Yelah kat situlah kita nak kenal dan tengok mana-mana kontraktor & designer yang berpotensi nak-nak kena & faham pulak dengan konsep rumah kita dan paling penting op cos taste kita mau ikut ya!

Harap-harap jugak boleh menang lucky draw free renovation for kitchen kabinet ke, master bedroom ke..paling koman renovation toilet ke! apa ada hal. Selalunya dalam event mcm ni op cos syarikat/company yang menyertainya akan berikan offer yg menarik, terbaik kau mmg da boom! best walla untuk customer kan. So apa lagi..jomlah kita pegi.

Since kelmarin dah dapat surat daripada developer bg tau rumah dah siap 70%, makin berkobar2lah jiwa raga NM nak rancang semua benda sebelum masuk rumah nanti.

Korang pun kalau nak datang boleh ye..mari-mari..klu nampak NM sila tegur! hahahaha....
Korang boleh jugak lawat http://www.homedec.com.my/ untuk more info ya!

Till then:)

Monday, October 17, 2011

KIZ SPORTS & GYM VISIT


Salam all,

Kalau you all ada baca entry dulu-dulu (cewah, dululah sangat) NM pernah share ngan korang pasal tempat ni. Dik kesibukan NM tiap2 minggu memenuhi jemputan menyanyi di kenduri kahwin..eh silap silap...memenuhi urusan yang mmg tak pernah habis, akhirnya semalam sempat juga NM dan suami bawa hero kami ke sini.

Berdasarkan pemerhatian pertama kali oleh suami, dia kata OK, boleh proceed utk register lil Qhal untuk join class Little Rompers kat sini.  Tempat ni NM suke sebab apa tau..? ha ni NM akan share gambar-gambar yang sempat NM ambik.

waiting area utk parent, bibik etc..hehe..


toilet yang cute utk boy

untuk girl pulak..
taekwando class

Dekat center ni terbahagi kepada beberapa classes, ada yg tempatkan kanak-kanak yang belajar taekwando, ada bilik khas untuk birthday party, ada jugak waiting area untuk parents sambil tunggu anak-anak dan pantau kids yang main-main dekat playplace.  Tak ketinggalan ada mini cafe untuk bebudak dan parents nak basahkan tekak, mkn nuggets, hot dog bagai..hehe.. nak habaq mai jugak, ada pakej untuk buat birthday party anak korang jugak ye, nak tau harga pakej pi sana lah check..huhu..

Toilet pun selesa, siap differentiate mcm tu lagi.  Syarat kat sini adalah, kids and parents yang nak masuk dalam play place MESTI pakai SOCKS ya..ini adalah syarat wajib sebab they all mmg pentingkan kebersihan..hygine gitu..:)

Banyak lagi info sebenarnya nak share, tapi jari jemari malas nak menaip. kuang kuang kuang!! nak bg tau jugak, playplace dia mmg terbaik wok..mmg berbaloilah dengan rege yang korang perlu bayar. RM30 per entry (non member) klu korang dh become a member RM18 sudah...takde limit masa, main & lepaklah sampai lebam..NK nak pesan jugak, klu korang nak pergi sini bawa anak, boleh bawak bekal sandwiches, nuggets ke apa ke utk anak korang..sebab apa? sebab yg jual kat situ haruslah mahal ye..bak kata pepatah "air kotak milo RM4.50 jek..hehehe..

Oklah, NM kan syok sendiri gitu, so now layan jeklah gambor-gambor lil Qhal main kat sana ye..enjoice!


Add caption

lajunya, xleh break dah ni momy..

i am macho boy!

dady ajor anak main ke anak ajor dady main?
Sekian.

Thursday, October 13, 2011

MEMORI

Salam all,

Quick update sebelom balik rumah..rindu nak lalui zaman baru-baru jadi mommy dulu..byk gambor sebenarnya nak upload tapi xsempat..so utk hari ni NM kasik tgk gambo-gambo ni aja..next time more more  picture..most of the picture pun korang dapat tgk kt FB NM jugak..hehe..


K lah..nanti kita story mory lagi ya..hari ni tak sempat.

Sekian.

Wednesday, October 12, 2011

LUMRAH MENJADI WANITA DAN IBU

Salam semua,

Dik panas terik matahari ni, tiba-tiba datang idea nak menulis..(tapi sekarang dah tak panas lagilah, dah sampai office dan dah pun kena air cond yang sejuk, alhamdulillah).  Kalau korang biasa dekat area NM kerja ni, tempatnya memang dekatlah dengan stesen LRT Ampang Park, dan dekat jugaklah dengan KLCC dan Pusat Beli Belah Ampang Park.(so memang keraplah aktiviti outing ye..hehehe..)

Ceritanya adalah bila tiap kali NM pg lunch (KLCC or Ampang Park Mall) mesti perhatikan kaum-kaum wanita ni. Belah pergi, tangan tu akan pegang wallet dan handphone saja, adalah sikit-sikit yang pegang beg kecik..hehe..tapi belah balik ke office tangan pasti ada jinjing plastik beg, paper beg etc..lalalalala..(shopping jek kan?????)

Tapi apa isi dalam beg tu? Pastilah barang-barang keperluan, kesukaan, kerterpaksaan beli, magazine dan etc.  bila NM fikir balik, NM pun sama. Nak juga share yang kaum wanita dan ibu ni sebenarnya sangatlah prihatin. Barang-barang dalam beg tu bukanlah barang yang bukan-bukan dan tidak perlu.  Ada antara kita yang akan beli toiletaries, buah tangan untuk anak bila balik rumah nanti, keperluan dapur serba sikit dan etc.

Point NM di sini adalah, lihatlah wanita..dalam waktu bekerja masih boleh mengingati apa barang yang dah habis dekat  rumah, pasti terselit juga walau sekotak ubat gigi atau sekotak tisu atau sepapan panadol untuk keperluan rumah, lebih prihatin tu ada yang siap boleh ingat deadoran si suami tu dah habis dan perlu beli yang baru dah pun. Lagi bagus kalau ada yang siap belikan shaver, shaver foam dan lain-lainlah untuk husband korang..hehehe

Bukan apa, ini pengalaman NM sendiri..sampai saja depan pintu rumah pengasuh, si anak dah bertanya "Mommy bawa apa tu?, Mommy beli apa untuk Qhaleef?" Ini berlaku bila dia terpandang beg dan barang apa yang kita bawa balik setelah seharian kita meninggalkan dia di rumah pengasuh. (Kesiaannya anak aku)

Jika lelaki, korang rasa diorang mcm tu tak? rasanya tak kan? NM berani confirmlah..diorang akan order saja barang yang takde..sebab diorang tahu jek ada depan mata. Ini untuk barang-barang keperluan kecil-kecillah ye..mcm shampoo ke, cotton buds ke, hand wash ke, panadol ke?...sebab diorang memang takkan ambik tahu pasal hal-hal macam ni. (Jangan marah erk..)

Gitulah kisahnya...So, kesimpulannya, bukanlah wanita tu pergi lunch tu asyik menyelit2 beli baju atau benda2 tak perlu sangat. Mereka sebenarnya sangat prihatin tentang barang-barang keperluan dalam rumah. Kisah ini adalah kisah benar untuk saya..hahahahaha...tiap kali out for lunch ada saja plastik beg bawa balik ke office..jeng jeng jeng!

Oklah..itu jek nak share ngan korang..fikir balik pasal yg NM cakap, kesian kat anak kita, kalau sampai jek kita nak ambil dia dari rumah pengasuh...mesti dia happy dan kekadang nak tahu apa yang kita bawa untuk dia hari tu..kesian.....kesian kan? kan? kan? alah korang pun dulu-dulu kalau mak atau ayah balik dari mana-mana mesti tanya jugak kan? (mcm NM dulu..siap godeh beg kertas mak baru balik dari kerja kilang..sian mak..padahal dalam tu ada bekal makanan dia yang dah kosong....)

Oklah yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. NM sayang korang! Gambor? xdek ye..nah hamik gambor nih..mereka adalah lelaki-lelaki dalam hidup saya...saya mahu sebutkan kalimah Alhamdulillah....

Sekian.

waktu ni di Hospital Pantai Indah, Qhaleef demam rindu pada daddy

Tuesday, October 11, 2011

CERITA PASAL ANAK

Salam all,

Tak nak cerita  banyak..nak hupdate gambar-gambar ni aja..hehehe:) Enjoice ya!

Why mulut kamu mcm tu Qhal?

Woody yg macho!
 
mommy sy yg perasan cun.. (Qhal ckp..)
   
mommy sy yg mmg best (Qhal ckp jugak..)
 Bye....nak balik rumah dah, jadi isteri dan ibu mithali pulak. selamat tinggal office!

Friday, October 7, 2011

COOL

Quick update!

Jalan buang duit dekat Ampang Point, terjumpa pulak dengan booth ini...best! berguna sgt utk NM. So KIV sampai tahun depan..tahun depan boleh tempah! yihaaa! NM suka sangat kat art wall clock tu lah. Ada macam-macam design and pattern lagi. (mood: tak sabar, entah-entah next wext aku gi tempah..letak dulu kat umah sekarang ni.)

Shieda, nanti I dtg cari u lagi tau!

Kalau korang pun suka, pi terjah dekat Ampang Point, pi cari booth ni. Range harga dia daripada RM100 to RM500. Nak yang mahal lagi pun boleh.  Dekat sana korang boleh tengok banyak sample yg cantik-cantik ok. Yang pasti kalau korang tak suka, NM suka.  Ada aku kesah!

BEST!

Monday, October 3, 2011

Rumah oh Rumah

Hi semua,

Happy Monday. Hope u all semua dah puas enjoy dengan family over the weekend ya! (memang takkan puas, lagi mau ckp..) Monday to Friday masa untuk cari rezeki pulak. Mana taknya, kalau korang dok KL ni tak boleh nak duduk diam saja..kena kerja keras untuk sara keluarga. Buka jek pintu rumah tu....adalah "Duit"....tak gitu?....

Apa kes NM bebel pasal ni pulak? kesnya bila baca paper Berita Harian hari ni, sekali keluar tajuk besar daaa "HARGA RUMAH NAIK 20%"......... mak ai! Terkejut beruk NM nih..nasib baik dh beli dh. Kepada kawan-kawan yang belum lagi ke arah ini, baik percepatkan niat korang tu..sebabnya dah terbukti harga rumah takkan turun..lagi naik mendadak mcm gini adalah.. (mood: sedih...)

sila baca ye...hehe
Bila fikir-fikir balik rasa macam takut sangat nak mulakan langkah ni.  Yelah kira gaji dengan harga rumah rasa kerdilnya diri nak beli..tapi pejamkan mata!!!..lantaklah muflis kerana rumah..jangan muflis kerana nak beli kereta import, kereta besar sudahlah...(oppsss!!)

Nak share jugak rumah yang NM dan hubby dah beli ni. Rumahnya biasa saja, takdelah rumah banglo pun, Kami bersyukur walaupun terpaksa bersusah payah demi rumah idaman ni, akhirnya ia jadi milik kami dan insyaAllah rumah ni bakal didiami pada awal 2013 nanti (jangkaan siap 2012). Doakan semua urusan berjalan dengan lancar.  Itulah yang sekarang sedang survey dan research tentang renovation pulak. Maklumlah takde pengalaman lagi dan kami perlu tambah ilmu di dada dulu.

yang penting FREE HOLD




Oh ya, kalau ada yang sedang mencari-cari info tu boleh jugak tengok flyers ni.



for more info please log on to http://www.pknsproperty.com/
Oklah..NM nak pesan juga (cewah...) jangalah sesekali berpegang pada tagline "Biar Papa Asal Bergaya...!" tak gitu? Yang penting tepuk dada tanya selera... kalau anda seleranya BESAR maka BESARlah segala-galanya...kalau anda hanya SEDERHANA seleranya maka SEDERHANAlah segala-galanya..InsyaAllah.

Wassalam.

Sunday, October 2, 2011

Makeover by Me

Salam semua,

Just nak share ngan korang gambar-gambar makeover yang NM buat, adalah sikit-sikit lagi yang NM tak sempat nak upload..hehe..nak melayan lil hero tu, tak sempat nk focus pasal benda ni.. kena curi-curi masa...

NM tak sabar rasanya nk join class on 22 Oktober ni...hopefully semua berjalan lancar nanti. Harapan tinggi sgt pd class ni, moga-moga NM dpt teruskan cita-cita yg dah lama terpendam gitu..

K lah, korang enjoicelah picture yg tak seberapa ni ye.

Happy weekend!





Friday, September 30, 2011

Jom siapa nak ikut?

Flyer..for more info
Salam semua,

Kali ni NM nak share ngan korang yg minatnya sama mcm NM ye..InsyaAllah NM nak join class ni..NM dh lama follow Derina Artistic Team ni..sbb NM suke sgtlah cara depa make up tu.. mantop habisssss!!

Masa course bulan Julai NM tak dapat ikut sbb ada hal yang xdpt dielakkan..tp bile terbaca yang Oktober nnti diorang nk buat course lagi..NM pun dengan segera menyuarakan hasrat kepada kekanda dan beliau bersetuju dan mmg selalu beri full support klu NM nk buat benda2 cam gini, huhu..alhamdulillah.

So klu you all pun nak join lehlah try rodger2 diorang k.. boleh ke sini http://nazasentuhanderina.com/
K lah nk kena sambung buat kerja balik..nnti bos marah, surat tadi tak siap lagi, hehehehe..

~adios amigos~

Tuesday, September 27, 2011

Dapurku Syurgaku

hobi baru...
Tengok tittle dh dpt agak kot..hehe..ni hobi terbaru ye..membeli dan membaca majalah berkaitan "dapur"... huhu....nak dapat idea dan info berkaitan kitchen cabinet..tak sabar rasanya nak tinggal di rumah sendiri... lalalalalala... semoga apa yang diangan2kan ini menjadi kenyataan..amin.

So tahun 2013 adalah tahun paling dinantikan oleh NM dan family, kita tunggu jeklah ye... kerja-kerja penting harus dilunaskan pada tahun 2012 supaya 2013 hadir dalam suasana cukup gembira nanti, Insyaallah.  Kerja kuat, doa & tawakal semoga semua urusan berjalan lancar.

Amin.

Kiz Sports & Gym

Salam all,

Semalam NM berkesempatan berkunjung atau erti kata lain melawat tapak ke Great Eastern Mall sbb nak carikan Little "Woody" untuk Qhal.  Wah siap calling2 dulu ToysRus kt situ untuk check stock yg NM nak beli tu 'ada ke tidak' (sila sebut mcm Dira sebut dlm Melodi ye..)..check punya check..adalah benda yg nak di cari tu..so kol 5pm NM dengan bangganya chow dr office terus terjah ke ToysRus, Great Estern Mall di 4th floor tu ye. Salesgirl yang namanya Sakinah dah siap reservekan utk momy Qhal ok..sebabnya character tu tggl 2 "ekor" jek..hehehe...nnti kena jual habislah Qhal mengamok..by the way thanks so much Sakinah for your good service! Nanti NM cari u lagi...

Dah settle kt situ..NM terus ke Kiz Sports & Gym di 2nd floor sebab nk more explaination pasal learning program kat Kids Center ni..NM mmg tgh dok research pasal tempat2 macam ni utk hantar Qhal over the weekend (sbb time tu jek kami ada masa..). Last time NM ada calling2 dkt Tweedlewink tapi center dia semua jauh dari tmpt tggl kami..so Great Estern ni dekat jek nk terjah..

Kat sini NM nak share ngan u all apa yg NM dapat semalam and will register Qhaleef dalam masa terdekat sbb this week xleh lg becausenya ada engagement adikku di Serdang..so NM org penting masa event tuh nanti (cewahh!)..mana leh bwk Qhal ke class lagi....

Maybe parents merangkap kawan2 NM yang berminat juga boleh cuba.. for more info please visit them at www.kizsports.com lalalalalalala......





ini fee dia ye..

ini pulak schedule..

Semoga info ini bermanafaat utk semua.  Wassalam..

Monday, September 26, 2011

Woody @ Qhaleef


Hi semua,

Entry kali ni just nak share pasal "kemabukkan" Qhaleef pada cerita cartoon Toy Story ni... dia kata die ada lah "Woody" watak utama dalam citer ni..Daddy adalah "Buzz" dan momy adalah "Barbie".. every nite sblm die membuta harus layan citer ni kejap..huhu..

So enjoice the picture.....(tgh berfikir kt mana nk cari cartoon ni semua sbb hari2 die dok tnye..)




Qhaleef & Daddy
 


Lotso yg jahat.. (tp mlm td die kata kt daddy "good nite Lotso" meaning that daddy adalah Lotso jgk..hihi..sorry dad..
 


Woody @ Qhaleef
 


Mata sama...poor baby..
 

Rindu

The only hero


Rindu Buat Abah

Pagi itu diam …….
Ketika Pucuk pucuk cemara terpaku bisu
Membawa jiwaku mengembara…
Hingga menembus batas lamunku

Di sini ……..
Masih Aku simpan setangkup rindu untukmu
Di sudut hati, dimana keresahan membias sendu
Hingga lelah hati temani sepiku..

Entah….
Masih sanggupkah tangan ini melukis langit
Dan menggambar garis garis pucat wajahmu
Diantara Rindu … yang hempaskan aku.
Atau biarkan saja angin menghapus Jejakmu

Mungkin..
Aku Akan terus menanti
Tapi Kau Takkan Kembali ……

Di sini….

Monday, May 9, 2011

♥Backpack by Maika Etnik♥

Ini pulak adalah backpack by Maika Etnik. Beg ni sesuai utk buat nursery beg, lappy beg, beg utk anak perempuan anda pergi tuisyen pon cantik.  Kalau buat beg lappy, bukan apa..org tak tahu pun anda isi lappy kat dalam tu, sure tak kena curi punya..hehehe..

Sangat comel ye. So far ramai yang beli utk buat nursery beg utk anak kecil dan buat beg tuisyen utk anak gadis..apa2 pun boleh cuci mata dulu dan kalau suke boleh place order mcm biasa. 


Terdapat 12 pilihan warna dan corak..tadaaa!
Boleh order di nourimirza09@gmail.com

♥Thank you

SWEET - RM81

ANDROGYN - RM69

KINDER GARDEN - 69

KIWI SLICE - RM69

LAMBIRIN - RM69

MEXICO - RM69

NEIGHBOR - RM81

RED AMOEBA - RM81

RED FLOWER - RM81

RED JELLY - RM81

SAND - RM81

SEA SHORE - RM81