Tuesday, March 22, 2011

Secretaries Week Nostalgia Dato' Siti Nurhaliza

Hi everyone,


NM mulakan pagi yang sejuk ni dengan cerita yang agak suam-suamla kan. Malas betullah nak bangun pagi sebab hujan dah mula turun sejak subuh, kalau sambung tido memang layanlah.  Tapi apakan daya, kerja harus diutamakan.   Oleh kerana kerja jugalah NM kepingin benar nak hadir ke satu event ni.  Tak tahulah hajat tu kesampaian atau tak. 


Apa-apa hal pun, masa celebrate Secretaries Week 2010, NM berpeluang layan live show Anuar Zain, memang bestlah, sangat profesional dan boleh bg 4 bintang untuk  live shownya.  So for this year NM kepingin banget nak pergi live show Dato' Siti Nurhaliza pulak. 


Bukan apa, rasanya rugi jugaklah kalau sebagai peminat but kita tak pernah pergi tengok show dia kan. Bofore this, NM hanya pernah jumpa Dato' Siti masa dia singgah kat Watson di Semua House untuk promote product Simply Siti die (walaupun NM tak pakai product die ni kan) but pergi jugaklah terjah Semua House tu sebab nak tengok die.


Honestly dia biasa2 saja, xdelah make up tebal 3 inchi, but still kenakan make uplah kan...sweet gitu..so apa-apa hal pun NM akan cari jalan bagaimana caranya untuk mencapai hajat yang satu ni.








Minggu setiausaha bersama Dato Siti akan diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 5 April 2011 berkonsepkan nostalgia. Emceenya adalah Dee.

Tiket berharga RM 340 sehingga RM 550 telah pun mula dijual dan kalau you all juga nak buat tempahan bolehlah buat menerusi talian 03-26939233 sambungan 8023 atau 8017. (kalau masih ada lagilah kan)

Semoga entry akan datang, NM boleh story mory pasal live show ni ok.
ok, guys, NM nak sambung kerja sudah.  Semoga anda semua rajin bekerja hari ini macam NM.

Hugs & kisess from NM.

 


No comments:

Post a Comment