Tuesday, May 3, 2011

Tas Cerut Comel Maika Etnik

Maika Etnik adalah satu produk yang berorientasikan  Handmade dengan ciri khas yang tersendiri.  Keunikannya adalah pada aplikasi handmade yang diterapkan seperti sulam, jelujur tangan, kancing/button, kain perca, pita dan renda yang disatukan dengan tema alam semulajadi  di mana inyanya menjadikan setiap rekaan mempunyai karektor khas yang istimewa.

ME hadir dalam aneka warna kerana warna melambangkan keperibadian kita. Semua warna adalah indah & unik. Seperti keperibadian anda yang unik & istimewa.  Oleh itu, NM ingin mengajak anda bereksperimentasi dengan pilihan warna & design yang menarik daripada ME ini.

Koleksi Tas Cerut Maika Etnik
 
ZIZ ZAG - RM18

BLANKET - RM18

BORDER - RM18

BORN - RM18

CHOICE - RM18

COVER - RM18

DINER - RM18

EKOSISTEM - RM18

EYES - RM18

GROW - RM18

KIWI - RM18

LIVE - RM18

LIPSTICK - RM18

MANNER - RM18

OPEN - RM18

POTATO SWEAT - RM18

STAR - RM18

USHE - RM18
 Semua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Sila email NM di nourimirza09@gmail.com atau sms di talian 019-2878326 untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan spesikfikasi beg yang istimewa ini.

Anda patut miliki satu daripada koleksi comel ini.  Ia biasanya digunakan untuk isi wallet kecil, coins, handphone, tisu, kunci rumah/kereta/office. Sangat praktikal kalau nak carry masa keluar lunch dengan office mate!

Cheers & lots of love

Bergaya Trendy & Unik dengan Maika Etnik


Maika Etnik adalah satu produk yang berorientasikan  Handmade dengan ciri khas yang tersendiri.  Keunikannya adalah pada aplikasi handmade yang diterapkan seperti sulam, jelujur tangan, kancing/button, kain perca, pita dan renda yang disatukan dengan tema alam semulajadi  di mana inyanya menjadikan setiap rekaan mempunyai karektor khas yang istimewa.

ME hadir dalam aneka warna kerana warna melambangkan keperibadian kita. Semua warna adalah indah & unik. Seperti keperibadian anda yang unik & istimewa.  Oleh itu, NM ingin mengajak anda bereksperimentasi dengan pilihan warna & design yang menarik daripada ME ini.

Semua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Sila email NM di nourimirza09@gmail.com atau sms di talian 019-2878326 untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan spesikfikasi beg yang istimewa ini.

Cheers & lots of love

BLACK PURPLE - RM64

VIEW - RM69

CANDY LAND - RM81

AFRICA - RM64

AGRO - RM81

ALLIUM - RM93

BLACK AMAZON - RM69

ANDROGYN - RM69

ANEMONE BLACK - RM24

AQUA - RM64

AURORA - RM75

AZALEA - RM81

BABY GLAM ORANGE SHARP - RM68

BABY GLAM PINK SHARP - RM68

BABY GLAM PINK OVAL - RM68

BABY GLAM TOSCA OVAL - RM68

BABY GLAM TOSCA SHARP - RM68

BAHAMA - RM75

BEAT - RM75

BERRIES BLACK - 64

BIG FISH - RM64

BIKU BUTTON - RM64

BLACK BUTTERFLY - RM58

Tuesday, April 12, 2011

I Want More!

Hai all,

Lama sungguh NM tak menjengah ke blog usang ni..dah bersawang2 dh pun.  NM busy sgtlah lately.  Banyak sangat hal nk kena settle dalam satu masa.

Apa2 pun hal yg satu ni haruslah kena cerita jugakkan..hehe....tp xmola cerita byk2...tgk gambar sudah.

Ok dearie, byk sgt story nk share ngn  you all, but kena tunggu NM betul2 ada masa nak mengadap blog ni ok. Just enjoy the pictures!


before dpt tgk siti

bile siti dah muncul kt depan


Fazlie Zainal pun ada gak

dia sempurna

adam pun ada

emcees yg best!

Thursday, March 31, 2011

Salah Erti Dalam Percakapan

Lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. Namun perbezaan ketara di antara makhluk berdua ini ialah lelaki bercakap hanya perkara yang ringkas tetapi wanita pula lebih meleret-leret sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan.

Berikut bebrapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah erikan oleh kaum wanita :-

LELAKI CAKAP :

” Saya ingin keluar dengan kawan-kawan.. ”

APA YANG WANITA FAHAM :

Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan anda yang semakin mesra dan saling menyayangi.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Bila keluar bersama kawan-kawan, wanita biasanya akan berbincang pasal teman lelaki masing-masing. Mereka akan bercerita akan kelebihan teman lelaki dan apa juga hal yang berkaitan dengan mereka. Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka kerana hal ini dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita tentang bola sepak, teknologi terkini dan sebagainya.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawan, beritahu terus terang dengan pasangan, siapa kawan anda, bagaimana sikap mereka dan kalu boleh beritahu dengan lebih terperinci supaya wanita fahan dan tahu yang anda sebenarnya tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.

LELAKI CAKAP :

” Dia hanya kawab biasa..”

APA YANG WANITA FAHAM :

Kawan biasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. Ini kerana lelaki biasanya jenisyang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain tanpa kehadiran kekasih, pastikan anda memberitahu pasangan dengan jelas dan terang, dengan siapa anda keluar, namanya apa, tinggal di mana, bagaimana hubungan anda berdua dan sebagainya agar kekasih tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.

LELAKI CAKAP :

“Senyuman anda cukup menawan hati (atau memuji apa saja berkaitan bentuk tubuh kekasihnya)”

APA YANG WANITA FAHAM :

Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan dan sebab itulah beria-ia memuji.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, biasanya sangat jarang memuji teman wanitanya mahupun juga isteri. Namun apabila lelaki tiba-tiba memuji, seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki atau telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada pasangannya. Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentua ada yang tidak kena.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Tidak dinafikan, lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang menggunakan akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. Mereka hanya akan bercakap perkara yang perlu atau penting sahaja dan tidak akan meleret-leret malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. Justeru itu, niat anda ingin memuji pasangan tidak salah, kalau boleh lakukanlah selalu agar pasanganatau teman wanita anda tidak beranggapan yang anda memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja. Pamerkan keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.

LELAKI CAKAP :

“Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…”

APA YANG WANITA DENGAR :

Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki atau suami sering memuji masakan emak mereka dan tidak pada masakan yang anda masak. Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding-bandingkan, siapa yang paling cantik, paling kurus, paling menawan dan sebagainya dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang harus dimenangi.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan dengan sesiapa hatta ibu mertua atau sebagainya. Justeru itu, apabila anda ingin memuji pasangan, beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.

LELAKI CAKAP :

“Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…”

APA YANG WANITA DENGAR :

Apa bukannya mahu bertanya khabar sebaliknya mengesyaki mereka sesuatu.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan, wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon dan bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Sebelum menelefon bertanyakan khabar atau sekadar bertanya “hai” pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menelefon pasangan agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. Kalau boleh mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.

Artikel dipetik daripada: http://www.petua.org/

Rahsia Tangan Isteri

Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang.InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.(ada rahsia tu).
Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.(ada rahsia tu)

APA RAHSIA NYA?

AIR TANGAN...itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka ‘kurang mendengar’ apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari ‘air tangan’ (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut ‘kehendak sendiri’ namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu siibu’ dlm hidupnya. Pecayalah.

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ‘ air tangan’ yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada ‘roh’ nya, jika ‘roh’ itu sentiasa di belai oleh org lain.apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai… (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta ’sunarti’ buatkan air???. So bila masa kita dapat ‘belai roh’ suami agar dekat dgn kita??? Jadikalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.
Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa … apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagiseronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi… semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit…malu org tenguk…tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, … kita buat diakan, bukan dia yg buat kita. Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit… tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita ‘menyorokkan’ aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak…kenapa musti bagi org lain ‘menguruskannya’???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ke telinga, “bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, ‘bersama’ juga disitu, justeru ‘roh’ yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah ‘keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Artikel dipetik daripada: http://www.petua.org/

Tuesday, March 29, 2011

New Arabic Makeup Trends


NM nak cuba makeup mcm ni weekend nnti, hope menjadi..klu jadi NM akan share kt blog ni ok?  Nampak mcm tak susah sangat...apa2 pun kita cuba dulu erk.  Siapa nak jadi model? angkat kaki.......!



Arabic makeup is best known for its dramatic emphasis on eyes and lips. This particular makeup style consists of dark and dramatic eyes, bronzer and bold lip colors. While many individuals believe that the goal of wearing makeup is to subtly emphasize your features, Arabic makeup takes a much bolder approach.

The Arabic culture seems to be stylish, attractive, and mysterious. Gets all the sensual arabic look applied into your makeup using our tips and guidance to take advantage of the magical arabic image.




Explore the latest awesome and elegant arabic makeup styles and trends for different occasions and functions.  For more info, please log to http://www.sheclick.com/